Kemewahan Hidup

on Wednesday, March 13, 2013

Semua manusia berhak untuk menikmati kemewahan hidup di dunia ini. Sesungguhnya nikmat Allah S.W.T di dunia adalah tiada hadnya. Jika anda merasakan sesuatu perkara ada hadnya, anda silap kerana sesuatu perkara itu tiada hadnya kecuali telah di tetapkan oleh Allah S.W.T seperti lelaki hanya di benarkan untuk berkahwin dengan 4 wanita.

Kemewahan hidup adalah tiada had dan anda semua manusia boleh mencapainya. Kita bercakap mengenai kemewahan, tetapi apakah maksud sebenar kewewahan? Kemewahan bermaksud semua yang anda mahu boleh di tunaikan. Kemewahan merangkumi segala aspek kehidupan anda. Anda malas untuk memandu, anda boleh serahkan beban ini kepada pemandu anda. Anda mahu makanan sedap, anda boleh membelinya dari tukang masak terhebat. Perasaan kemewahan di dunia adalah sama dengan ganjaran di syurga, yang menjadi perbezaannya adalah nikmat di syurga sudah tentulah berlipat kali ganda dari di dunia.

Apabila anda memulakan perniagaan, jangan limitkan pemikiran anda dengan andaian untuk cepat kaya. Jika satu produk ada potensi yang tinggi, jangan malu untuk bersaing dengan penjual sedia ada. Kemewahan tiada had. Misal kata peniaga yang memonopoli produk tersebut memperoleh sejuta ringgit keuntungan. Anda juga boleh mendapatnya.
Tag :
 
© blogbaru | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO